Khamis, 7 April 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1( 2022 )

Tarikh : 21 Mac 2022

Hari : Isnin
Tempat : Ruang Menunggu Pelajar SK Dato Mohd Musa
Bil. Murid Terlibat : 172 Orang Pelajar

Bermulanya pembukaan sekolah secara bersemuka pada sesi persekolah 2022/2023, ramai pelajar teruja untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah sudah membuat persiapan mengalu-alukan kehadiran pelajar tersebut. Untuk sesi 2022/2023, SK Dato Mohd Musa menerima seramai 172 orang pelajar Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1, bermula pada 21 Mac 2022 dimana pelajar telah hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan.








Rabu, 6 April 2022

Gotong royong permulaan EKSA di SK DATO MOHD MUSA

 

                                                 Mengecat semula tandas guru lelaki.
                                                 Mengecat semula tandas guru perempuan.
                                                           Keadaan tandas selepas dicat.
                                                          Mengikis dan mengecat tandas.

Sepanjang cuti persekolahan selama tiga minggu, aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan selama 3 hari oleh barisan AKP SK Dato Mohd Musa. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan tandas guru, tandas pelajar, longkang sekolah dan Bilik Am PPKI.


#we💗skdmm

Sekolahku Bebas Dadah Bersama Program Misi Sihat Yakult 2022

 

SEKOLAHKU BEBAS DADAH BERSAMA 

PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2022

 SEKOLAHKU BEBAS DADAH BERSAMA PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2022

Tarikh : 6 April 2022

Hari : Rabu

Tempat : Ruang Legar SK Dato Mohd Musa

Program : Program Misi Sihat Yakult 2022


Program ini diadakan secara ringkas dan melibatkan murid Tahun 3 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Program ini melibatkan Guru Pelatih seramai 13 orang dan seorang Guru Bimbingan Kauseling  Pn. Anny Chau. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan Penyalahgunaan Dadah. 

Pelajar-pelajar diterangkan Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.















#we💗skdmm