Sabtu, 19 Februari 2022

PROGRAM DWEN 2021-2022

Tarikh : 26 Januari - 28 Februari 2022
Tempat : Di Rumah Masing-Masing
Jumlah Penglibatan : Warga Emas 16 orang, Guru 6 orang dan Pelajar 13 orang
Program DWEN ( Dasar Warga Emas Negara )


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan golongan warga emas. Langkah ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut termasuk persediaan dan perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di Negara ini. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara.

Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara.

Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara perlu menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara.

Sambutan Hari Warga Emas

Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia juga telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992. Pada tarikh ini , Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan diadakan. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.

( Petikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat )


Pemberitahuan tentang  Cabaran Program DWEN bagi tahun 2021/2022
dalam Group Whatsapp dan Telegram Murid-murid.

Masuk dua tahun  melaksanakan Program secara atas talian kerana warga emas
tidak dapat dibawa ke tempat umum ekoran daripada penyebaran Covid19 sejak awal Tahun 2020 lagi.

Cabaran Amalan Baik yang diselesaikan oleh Peserta dari Tahap 2









Cabaran Amalan Baik yang diselesaikan oleh Peserta Tahap 1

Majlis Penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SK Dato Mohd Musa.




Guru Besar menyampaikan Hadiah serta Sijil kepada peserta yang mengikuti Program DWEN 2021



Tiada ulasan:

Catat Ulasan