Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B. Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Beliau berkata, negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Januari dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Januari ini.
Walau bagaimanapun (keputusan ini) mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa, guru-guru, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"...juga membabitkan sekolah-sekolah sama ada sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun sekolah yang terjejas teruk," katanya menerusi hantaran video di Instagram rasmi beliau.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi berkata maklumat lanjut mengenai penangguhan sesi persekolahan itu akan dimaklumkan menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.
Beliau berkata KPM cakna kepada kebajikan guru, murid dan ibu bapa dalam konteks banjir semasa dan memaklumkan, kementerian itu memahami pihak terbabit memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum memulakan sesi persekolahan semula.
SK Dato Mohd Musa telah bersiap sedia untuk menerima pelajar yang sudah sekian lama BDR pada tahun lepas kerana Covid 19.
Hari pertama sesi persekolahan penggal 3 (2021-2022), pelajar hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan. Para guru yang bertugas mengambil suhu pelajar dan memastikan pelajar mengikuti SOP yang telah ditetapkan.