Khamis, 7 April 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1( 2022 )

Tarikh : 21 Mac 2022

Hari : Isnin
Tempat : Ruang Menunggu Pelajar SK Dato Mohd Musa
Bil. Murid Terlibat : 172 Orang Pelajar

Bermulanya pembukaan sekolah secara bersemuka pada sesi persekolah 2022/2023, ramai pelajar teruja untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah sudah membuat persiapan mengalu-alukan kehadiran pelajar tersebut. Untuk sesi 2022/2023, SK Dato Mohd Musa menerima seramai 172 orang pelajar Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1, bermula pada 21 Mac 2022 dimana pelajar telah hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan.








Rabu, 6 April 2022

Gotong royong permulaan EKSA di SK DATO MOHD MUSA

 

                                                 Mengecat semula tandas guru lelaki.
                                                 Mengecat semula tandas guru perempuan.
                                                           Keadaan tandas selepas dicat.
                                                          Mengikis dan mengecat tandas.

Sepanjang cuti persekolahan selama tiga minggu, aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan selama 3 hari oleh barisan AKP SK Dato Mohd Musa. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan tandas guru, tandas pelajar, longkang sekolah dan Bilik Am PPKI.


#we💗skdmm

Sekolahku Bebas Dadah Bersama Program Misi Sihat Yakult 2022

 

SEKOLAHKU BEBAS DADAH BERSAMA 

PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2022

 SEKOLAHKU BEBAS DADAH BERSAMA PROGRAM MISI SIHAT YAKULT 2022

Tarikh : 6 April 2022

Hari : Rabu

Tempat : Ruang Legar SK Dato Mohd Musa

Program : Program Misi Sihat Yakult 2022


Program ini diadakan secara ringkas dan melibatkan murid Tahun 3 dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Program ini melibatkan Guru Pelatih seramai 13 orang dan seorang Guru Bimbingan Kauseling  Pn. Anny Chau. Aktiviti yang dilaksanakan adalah berkaitan Penyalahgunaan Dadah. 

Pelajar-pelajar diterangkan Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.















#we💗skdmm

Sabtu, 19 Februari 2022

PROGRAM DWEN 2021-2022

Tarikh : 26 Januari - 28 Februari 2022
Tempat : Di Rumah Masing-Masing
Jumlah Penglibatan : Warga Emas 16 orang, Guru 6 orang dan Pelajar 13 orang
Program DWEN ( Dasar Warga Emas Negara )


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk terus memberi perhatian kepada aspek kebajikan dan keperluan golongan warga emas. Langkah ini penting bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan golongan tersebut termasuk persediaan dan perancangan bagi menghadapi peningkatan bilangan warga emas di Negara ini. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk Negara.

Justeru, selaras dengan keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) telah diluluskan oleh kerajaan pada 5 Januari 2011. DWEN dan PTWEN merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan Negara.

Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.

Pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara Dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara perlu menjadi agenda tetap dalam Mesyuarat Majlis Penasihat Dan Perundingan Warga Emas Negara.

Sambutan Hari Warga Emas

Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa. Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan diadakan pada 1hb Oktober pada tiap-tiap tahun sesuai dengan pengistiharan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Resolusi No. 45 / 106 yang telah menetapkan 1 Oktober sebagai Hari Warga Emas Antarabangsa. Kerajaan Malaysia juga telah mengistiharkan 1 Oktober setiap tahun mulai 1992. Pada tarikh ini , Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan diadakan. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban.

( Petikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat )


Pemberitahuan tentang  Cabaran Program DWEN bagi tahun 2021/2022
dalam Group Whatsapp dan Telegram Murid-murid.

Masuk dua tahun  melaksanakan Program secara atas talian kerana warga emas
tidak dapat dibawa ke tempat umum ekoran daripada penyebaran Covid19 sejak awal Tahun 2020 lagi.

Cabaran Amalan Baik yang diselesaikan oleh Peserta dari Tahap 2









Cabaran Amalan Baik yang diselesaikan oleh Peserta Tahap 1

Majlis Penutupan disempurnakan oleh Guru Besar SK Dato Mohd Musa.




Guru Besar menyampaikan Hadiah serta Sijil kepada peserta yang mengikuti Program DWEN 2021



Jumaat, 14 Januari 2022

Amalan Guru Penyayang Sekolah Tahun 2022/2023

Tarikh : 10 Januari 2022
Hari : Isnin
Tempat : Lobi SK Dato Mohd Musa
Program: Amalan Guru Penyayang 2022/2023


Jom Ke Sekolah. Sempena pembukaan sekolah secara bersemuka, pihak sekolah sudah bersiap sedia untuk menerima pelajar yang sudah sekian lama PKP tidak bersemuka dalam PdPC. Sepanjang PKP tahun lalu, PdPC dilaksanakan secara BDR sahaja. Untuk pembukaan sekolah kali ini, pihak sekolah telah mematuhi Pengoperasi 3.0 Pembukaan Sekolah secara bergilir.




Para guru memasang Banner di depan Pintu Utama sekolah. Ia adalah satu penghargaan kepada semua murid sebelum masuk kedalam kawasan sekolah.


Robot digunakan sebagai daya tarikan kepada murid-murid yang datang kesekolah pada hari pertama ke sekolah bagi tahun 2022 setelah sekian lama tidak bersekolah ekoran daripada penularan Covid19 sepanjang tahun lepas..

Murid-murid  mengambil peluang bergambar bersama Robot






Khamis, 13 Januari 2022

ZIARAH CAKNA 2022

 

ZIARAH CAKNA  2022

   Tarikh : 14 Januari 2022

Tempat  : Warong Nusantara, Lot 2631, Kota Samarahan 

Sasaran : Adik Nuraieyn Daniesha Binti Museri ( Tahun 1 Bestari )

Ibu Bapa Yang Terlibat : Pn.Sarina Bt Akub ( Ibu ) dan En. Museri Bin Mussin ( Bapa )



Bertanya khabar dan keadaan adik Nuraieyn daripada ayahnya yang baru sampai dari hospital yang menjaganya sepanjang malam. Memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada ibu bapa murid supaya kuat dan tabah. Semua mendoakan adik Nuraieyn supaya cepat sembuh.


Guru Besar menyerahkan sumbangan daripada murid-murid, ibu bapa, AKP dan guru SK Dato Mohd Musa




Bertanya khabar dan keadaan adik Vexster Terry. Memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada murid serta ahli keluarga yang ada supaya kuat dan tabah. Semua mendoakan supaya adik Vexster cepat sembuh. Teruskan menjalani rawatan sehingga sembuh.

Guru Besar menyerahkan sumbangan daripada murid-murid, ibu bapa, AKP dan staf SK Dato Mohd Musa













Isnin, 10 Januari 2022

Sesi Penggal 3 Bermula

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri Kumpulan B. Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 ditangguh selama seminggu susulan bencana banjir, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata, negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Januari dan Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan 10 Januari ini. 

Walau bagaimanapun (keputusan ini) mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang membabitkan murid, ibu bapa, guru-guru, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"...juga membabitkan sekolah-sekolah sama ada sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun sekolah yang terjejas teruk," katanya menerusi hantaran video di Instagram rasmi beliau.

SK Dato Mohd Musa telah bersiap sedia untuk menerima pelajar yang sudah sekian lama BDR pada tahun lepas kerana Covid 19.



Hari pertama sesi persekolahan penggal 3 (2021-2022), pelajar hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan. Para guru yang bertugas mengambil suhu pelajar dan memastikan pelajar mengikuti SOP yang telah ditetapkan.