Khamis, 7 April 2022

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1( 2022 )

Tarikh : 21 Mac 2022

Hari : Isnin
Tempat : Ruang Menunggu Pelajar SK Dato Mohd Musa
Bil. Murid Terlibat : 172 Orang Pelajar

Bermulanya pembukaan sekolah secara bersemuka pada sesi persekolah 2022/2023, ramai pelajar teruja untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah sudah membuat persiapan mengalu-alukan kehadiran pelajar tersebut. Untuk sesi 2022/2023, SK Dato Mohd Musa menerima seramai 172 orang pelajar Tahun 1.

Program Transisi Tahun 1, bermula pada 21 Mac 2022 dimana pelajar telah hadir mengikut SOP yang telah ditetapkan.